Rabu, 18 Jun 2014

Makan gaji ke atau bisnes sendiri????

Assalamualaikum... Hari ni, pagi2 lagi update blog..bkn apa, saja jer nk berkongsi citer utk naik semangat sampai petang.. Makan gaji vs bekerja sendiri (dalam erti kata lain ialah berniaga)...Jom, kita kupas isu ini!! Kerja makan gaji ni maksudnya kita kerja di bawah orang lain sama ada dalam sektor awam atau swasta di mana majikan akan memberi upah yang tetap pada setiap hujung bulan. Tahu ke kengkawan,lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. sebabnya kita xpayah nk fikir byk, buat kerja hujung bulan terima duit. Kelebihan org makan gaji ialah mudah mendapat pembiayaan pinjaman mcm nk beli rumah, kereta, kad kredit, kemudahan klinik panel dan mcm2 lagi lah. Tapi, akak tertarik dgn satu ayat ni yg terjumpa dlm FB ari tu... "MAKAN GAJI IBARAT LEMBU JINAK YANG MENUNGGU SUSUNYA DIPERAH BILA2 MASA SHJ!!!!" Huh! tercabar gak baca ayat ni..maklum ler akak pun mkn gaji gak..TAPI itulah fakta sebenarnya..mana tidaknya, bos hanya tau ambil job dan bg kt kita suruh siapkan ikut due date yg ditetapkan..soalan yg dia tau tanya, dah siap?dah?siap?dah siap ke??? kita lak mcm lipas kudung xcukup tangan buat kerja.. ye dak?? masa berkualiti dgn famili terpaksalah dikorbankan demi kerja. Tapi, bagi org yg kerja sendiri lak (berniaga), diorg ni perlu mencari jalan mcmmana utk dapat upah kpd diri sendiri. Kerja sendiri ni mempunyai cabaran dan risikonya yang tinggi. Namun semua itu dapat dikurangkan sekiranya diorg tahu merancang perjalanan perniagaan diorg. Perniagaan yang mula2nya kecil, kalau diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yg lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah syarikat yang besar dan disegani. Contohnya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sbg peniaga pasar tapi akhirnya dia mencapai status antara orang terkaya di Malaysia. Ramai lagi lah kalau kita nk tgk contoh usahawan2 kt Malaysia yg berjaya ni..Search jer kt google, maka dapatlah jawapannya..hehehe..Antara kebaikan berniaga ni ialah hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji dan yg penting kebebasan masa dapat diperolehi. Selain itu, xde karenah birokrasi utk dpt cuti atau naik pangkat mcm org yg makan gaji. Dan diorg xperlu lg nk mengadap rakan sekerja yg menjengkelkan..Org berniaga ni berpeluang untuk menjadi jutawan dan merasai kebebasan kewangan. Org yg mkn gaji ni belajar bertahun2 utk dpt ijazah, lps hbs bljr kerja lak hempas-pulas utk mengkayakan org lain. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa 9 drp 10 punca rezeki adalah datangnya drp perniagaan. Islam menggalakkan umatnya untuk berniaga kerana perniagaan itu tidak kiralah kecil atau besar mampu mengubah hidup seseorang dari kehidupan biasa2 kpd kehidupan luar biasa. Contohnya Siti Khadijah isteri Rasulullah s.a.w merupakan seorang peniaga yang kaya-raya. Bg akak orang yg paling bahagia dan paling puas ialah mereka yg mempunyai perniagaan sendiri. Mereka memiliki kebebasan masa dan wang. Mereka yg berjaya dalam perniagaan terdiri dr mereka yg bekerja keras. Sekiranya seorang pekerja boleh setia dan berkhidmat bertahun2 hidup pd sesebuah syarikat (mcm akak lah), bayangkan kalau mereka berusaha utk diri sendiri slama tempoh yg sama di tahap manakah mereka berada sekarang??mmm..terpk sejenak..hehehe.. Tapi x semua kerja mkn gaji itu sesuatu yang buruk. Akak bg contoh lak ek mcm cleaner ke, cikgu ke, doktor ke driver bas ke mcm2 lagi lah, diorg tu ada peranan masing2. Diorg byk memberi sumbangan kpd perkembangan ekonomi. eh eh,mcm best jer bg contoh keja org lain..hikhikhik..tak tgk kt diri sendiri ke??ok2 la..mmm..mcm akak ke..ada gak sumbangan, design-mendesign bangunan ni keja akak..Sesetengah orang memang xde kemahiran untuk jadi usahawan dan x minat pun utk berniaga ni. Orang yg makan gaji mcm akak ni selalu fikir bilalah nak kaya??. Seolah-olah x bersyukur apa yg dimiliki selama ini dan merasakan gaji tu x pernah cukup. Tapi cuba renung2kan, pernah tak kita terfikir perasaan orang yang sedang mencari kerja?? Bukan ke org makan gaji tu berada dlm keadaan yg lebih baik? Kesimpulannya, makan gaji atau kerja sendiri bkn persoalannya. Yg penting, asalkan kita gembira dgn apa yg kita buat itu dh cukup baik. Bersyukurlah dgn apa yg kita ada di samping berusaha dgn gigih lagi utk keselasaan dan kejayaan di masa akan datang...bg akak kaya itu penting...ia bkn utk keselesaan duniawi semata tetapi jika kekayaan dimiliki oleh org ISLAM yg beriman byk manfaatnya. Alangkah indahnya dengan kekayaan itu, kita blh menolong org2 yg lebih memerlukan dan menyumbangkan ke arah perjuangan serta perkembangan ISLAM..sekian dulu lah dr akak, perkongsian yg xseberapa di pg hari ni.. Apa2 pun, akak nk promote ni..akak pun dh mula berjinak2 dgn bisnes..utk permulaan ni akak jual wide shawl dulu...baru jer ambik stok..alhamdulillah first round dah settle..mcm goreng pisang yg panas..tunggu stok baru lak..hehehhe..syukur alhamdulillah..rezeki Allah yang tentukan. Apa yg penting kita berusaha dan terus berusaha tanpa kenal erti putus asa diiringi doa kpd Allah..layan jerlah gambar wideshawl kt bawah ni..
Nak introduce gak tukang jadi model akak ni haaa aka tukang promote..hikhikhik...puteri bongsu dlm famili...miss korea katanya..apa2 jer lah..sorry umi su, pinjam gambar..hehehe..so, apalagi..layaaaannnnnzzzzz!!!!!

Isnin, 16 Jun 2014

Menjahit bidang terbaruku..

Assalamualaikum...slmt ptg sahabat2.. Ptg2 mcm gini otak pun dh bengkak ni, jd kena luahkan ler sikit apa2 yg patut utk menceriakan diri sendiri..kelabu mata tgk kerja bertimbun atas meja. Skrg ni, akak dlm perancangan untuk melangkah ke first step yg mana mmg tak terpk pun sblm ni..cer teka, cer teka!!! hehehe.."BIDANG JAHITAN".. mcm xpercaya jer, dr engineering nk terjun ke bidang menjahit..pegang2 jarum bagai..mmg akak sendiri pun xsangka. Kagum dengan tukang2 jahit yg mmg slalu kreatif dlm menghasilkan setiap produk xkiralah langsir ke, baju ke, sarung bantal ke atau apa2 jer la yg melibatkan jahitan ni. Jd, akak tertarik la utk bljr menjahit sekurang2 nyer blh la buat utk diri sendiri..tp yg terlintas dlm kepala buat masa skrg ni akak nk bljr jahit langsir. upah langsir kan mahal dik nonnn..nk jahit langsir baru utk raya lah kononnya..jd, otak pun ligat ler nk cari jln bodek en suami yg gagah perkasa belikan mesin jahit. Bodek punya bodek..alhamdulillah, dpt gak mesin jahit yg diidamkan.hehehe..buat raya ler. Apa2 pun layan jer lah gambar kt bwh ni..jamu mata..siap snap lg cara benang masuk kt mesin jahit tu, takut lupa..

Isnin, 9 Jun 2014

Moh kita pakat2 release tension

Assalamualaikum para sahabat...

My name is KAK NORA!!!..(duduk atas kerusi sambil lebar2kan kain selendang ala2 Rajni Khan- cara hero tamil perkenalkan diri).

Sihat ke sumer?? yang bekerja slmt bekerja lah (tp skrg ni lunch)..hikhihkhik...yang mana bos2 tu bg ler masa kt anak buah nak meluahkan perasaan kjp..release tension ler katanya...

Untuk pertama kali nk menulis karangan yg xseberapa nk karang ni di alam maya ni..saja jer test market..malas nak g lunch sbb byk projek dlm kpla ni yg mesti direalisasikan..tp TUNGGU!!!..on the way..skrg ni panah enjin dulu (ore klate kato), lps ni gak tekan minyok bohhhh...

Oklah,buat kali ni. Byk lagi nk citer ni..sambung lainkali ek. daaaaaaaa!!!!!!

Sblm akak out, tataplah gambor ni dulu yek...kasi hilang stress.. anak bongsu ni yg teramatlah susah nk ambik gambar..tp yg ni elok jer lentok..bkn senang nak dpt ni..hehehe



Cak aaaaa!!!!
 
Fashion Trend © 2011 | All Rights Reserved | About | Privacy Policy | Contact | Sitemap